Pengalaman Beberapa Jam di Lausanne

 Kami bertolak dari Chamonix ke Lausanne, Switzerland pada jam 11:00 pagi. Stesen bas Chamonix hanya berhadapan dengan tempat penginapan kami. Untuk pengetahuan, kami menginap di apartmen yang mempunyai balkoni. Pemandangan dari balkoni cukup indah. Walau bagaimanapun, stesen bas di sini tidak memiliki tempat untuk berteduh. Stesen bas Chamonix juga dikenali sebagai Chamonix Sud.

Tempat orang berkumpul itu adalah stesen bas Chamonix.

Semasa dalam perjalanan, pemandangan begitu memukau. Gunung ganang yang dilitupi salji sangat cantik ibarat lukisan. Saya sangat beruntung kerana duduk di tepi tingkap. Seat telah dibeli lebih awal dengan sedikit bayaran tambahan. Jika kita telah reserve seat, kita tidak perlu risau setiap kali bas berhentu untuk mengambil penumpang baru.

Sebelum bas melepasi sempadan Switzerland, bas berhenti di pos imigresen. Dua orang pegawai imigresen masuk ke dalam bas untuk memeriksa dokumen setiap penumpang. Selain kami, terdapat juga rombongan lain yang berasal dari Malaysia. Proses pemeriksaan imigresen berjalan lancar. Dengan keriangan di dalam hati, saya bersyukur dapat memasuki senpadan negara ini.

Hentian bas pertama adalah bandar Zurich. Barulah saya tahu bahawa tempoh perjalanan antara Chamonix dengan Zurich hanyalah 1 jam. Ketika bas berhenti di Zurich, seorang wanita telah memberi salam bonjour kepada saya sebelum duduk. Betapa tinggi sekali tatasusila mereka. 

              Tasik berhampiran Zurich.

Bas meneruskan perjalanan ke Lausanne. Sampai ke destinasi, pemeriksaan imigresen dijalankan sekali lagi. Setelah semuanya selesai, kami turun untuk ke pusat bandar. Sebelum memesan uber, kami mencari tandas sekitat stesen bas namun tidak kelihatan. Mujurlah berhampiran stesen bas terdapat sebuah cafe. Kami menggunakan tandas di dalam cafe tersebut tanpa sebarang bayaran. 

Kami tiba di Station Central Lausanne menggunakan uber. Sampai di stesen, saya telah menukar duit euro ke swiss franc. Ternyata nilai wang euro lebih tinggi sedikit. Setelah itu, saya membeli Lausanne Pass. Tidak seperti di Milan, tempoh masa penggunaan pass di sini adalah berbeza. 

Seperti biasa, kami meneroka bandar ini menggunakan metro. Keadaan metro di sini sangat bersih dan tidak berbau hancing. Bandar Lausanne juga agak besar dan sibuk. Selain metro, kami juga sempat menaiki tram. Bangunan bsrsejarah seperti istana lama dan katedral juga banyak. Tidak terkecuali Christmas market. Memandangkan bas kami akan bertolak  pada jam 4:30 petang, kami agak rushing. Dari sini, saya sedar tidak ada gunanya menjejakkan kaki di banyak bandar utama jika tidak menikmati sebaiknya. Sempat juga saya mengambil gambar pemandangan di sana.




Selain itu, saya juga membeli beberapa souvenirs. Total kerugian lebih kurang 60 swiss franc. Haha. Tapi tidak mengapalah. Ini mungkin kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki ke sini. Bukan sebab bandat ini tidak cantik. Tapi duit sudah tidak ada untuk ke sini lagi.

Apabila jam sudah menunjukkan hampir 4 petang, kami bergegas mencari stesen tram yang boleh menghantar kami ke stesen bas. Saya cuba bertanya dengan seorang wanita yang sudab agak berumur kedudukan St. Francois. Dia menjelaskan panjang lebar dalam bahasa Perancis. Saya langsung tidak memahaminya. Mujur ada isteri yang boleh menangkap maksud wanita tadi. Isteri saya mengulangi penerangan wanita tadi memggunakan bahasa Inggeris diselang selikan dengan isyarat tangan. Wanita tadi mengganguk mengiyakan. Kami ucapkan terima kasih dan meneruskan perjalanan.

Kami sampai di stesen bas lebih kurang jam 4:10 petang. Hari mulai gelap kerana musim sejuk. Rupanya tandas juga ada di stesen bas. Haha. Bagaimana kami tidak melihat tandas tersebut ketika baru sampai masih menjadi misteri. 

Rupanya kami adalah penumpang terakhir yang ditunggu. Selepas sahaja kami naik ke dalam bas dan duduk, bas terus bergerak ke destinasi walaupun jam belum menunjukkan pukul 4:30 petang. 

Demikianlah pengembaraan kami yang tak sampai 24 jam di bumi Swiss. 

Switzerland awaits you. What do you think? Write your comment in the section below :) sekali sekala speaking tak apa kan :)


 

Comments