MEMBELI BELAH DI TANAH ABANG

Pada bulan Disember lepas, saya dan isteri telah mengambil keputusan untuk bercuti di Indonesia. Pada mulanya, saya bercadang untuk membawa isteri ke Pulau Bali. Namun apabila mengenangkan bayi dalam kandungan isteri yang tidak lama lagi akan melahirkan anak, maka saya telah mengubah rancangan, iaitu membatalkan pelancongan ke Bali dan memutuskan untuk melancong sambil membeli belah di Jakarta.

Pusat Membeli Belah di Tanah Abang

Saya tidak dapat mengambil gambar untuk dipostkan di blog ini kerana saya tidak ingat untuk mengambil gambar. Maklumlah, apabila terlalu banyak barang yang murah di sana, maka rambang matalah jadinya. Alih alih, terlupa pula nak ambil gambar. Untuk pengetahuan pembaca, pusat beli belah Tanah Abang merupakan pusat beli belah yang termurah di Indonesia (bagi pendapat saya). Jadi, jika spembaca budiman ingin ke Jakarta, jangan lepaskan peluang membeli belah di Tanah Abang.

Pusat beli belah ini menjual pelbagai jenis pakaian dan kasut sukan. Memandangkan isteri saya sedang hamil 6 bulan, maka kunjungan kami ke Tanah Abang sudah semestinya untuk membeli keperluan bayi. Saya masih ingat lagi ketika membeli belah di sana, saya mampu mendapatkan 6 pasang T-Shirt dengan harga serendah 100000 rupiah. Namun, kami lebih cenderung membeli di Blok B kerana Blok A biasanya menjual barang secara pukal.

Walau bagaimanapun, sangat ramai orang yang membeli belah di Tanah Abang. Saya tidak pernah berkunjung ke pusat beli belah yang sebegitu ramai orang. Malah kebanyakan dan hampir semua kedai di dalam gedung beli belah ini sempit dan kecil. Kadang-kadang, laluan ke satu kedai ke kedai yang lain amat sempit sehingga kita tidak dapat berjalan berselisih dengan orang lain. Bolehlah dikatakan bahawa Tanah Abang merupakan pusat beli belah yang sangat sibuk.

Sekiranya pembaca merupakan kaki shopping tegar, saya berani memberi jaminan bahawa pembaca tidak rugi membeli belah di sini. Malah, khidmat pengangkat barang turut terdapat dalam gedung ini. Biasanya, individu yang menawarkan khidmat mengangkat barang banyak berkeliaran di tangga atau lift. Pada pendapat saya, mereka berada dalam company yang sama kerana semua pengangkat barang ini memakai warna baju yang sama. Namun, saya lebih rela mengangkat barang sendiri daripada menggunakan khidmat mereka. Namun jika pembaca ingin menggunakan khidmat mereka rasanya tiada masalah cuma pembaca kena menyediakan bayaran atas khidmat mereka.

Walau bagaimanapun, saya menyesal kerana melarang isteri saya membeli kasut di Tanah Abang kerana saya beranggapan barang-barang yang kami beli sudah melebihi 40kg. Namun apabila ditimbang di lapangan terbang, berat bagasi kami hanya 19kg lebih. Walau bagaimanapun, pengalaman membeli belah di Tanah Abang selama 2 hari amat memberi kepuasan kepada kami. Jika tidak kerana duit kami semakin sedikit, pastinya kami membeli belah di Tanah Abang sampai hari ketiga.

Sumber gambar:
http://roe99.weebly.com/roe99-bat/pasar-tanah-abang

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Boleh share stay dekat mana, sebab saya akan ke jakarta tahun depan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi melawat blog ni. Menginap di Favehotel Pasar Baru. Ditempah melalui AirasiaGo bersama tiket kapal terbang. Tambang teksi dari hotel ke Tanah Abang lebih kurang 35k rupiah.

    ReplyDelete

Post a Comment