Hi. Dalam penulisan kali ini, saya akan memfokuskan fakta menarik mengenai
planet Zuhrah. Pasti sudah ramai yang mengenali planet Zuhrah bukan? Planet ini
pernah dianggap sebagai kembar bumi kerana memiliki saiz yang hampir sama. Selain
itu, planet ini hampir dengan bumi. Walau bagaimanapun, apabila ahli astonomi
melakukan kajian serius terhadap planet ini, mereka mendapati bahawa Zuhrah
adalah planet yang panas disebabkan kesan rumah hijau. Baiklah, saya akan
berkongsi mengenai beberapa fakta menarik mengenai planet Zuhrah.
PERMUKAAN PLANET ZUHRAH MEMBAKAR KAPAL ANGKASA YANG MATI DENGAN KADAR
PANTAS
Menurut NASA, atmosfera planet ini mengandungi karbon dioksida ditambah
dengan gas pembunuh, iaitu asid sulfurik. Jika kita terdedah kepada asid
berbahaya ini, kita akan mati. Selain kandungan gas yang sangat berbahaya, suhu
di planet ini boleh mencecah sehingga 470 darjah selsius. Tekanan pada
permukaan planet ini juga amat kuat. Prob Soviet Venera yang berada pada
permukaan Zuhrah kira-kira sedekad yang lalu terbakar habis dalam tempoh kurang
dari dua jam.
TETAPI KEADAAN DI ATMOSFERA PLANET ZUHRAH LEBIH STABIL
Nampak seperti tidak logik bukan? Namun begitulah kebenarannya. Keadaan
atmosfera di planet Zuhrah (kira-kira 50 kilometer dari permukaan Zuhrah) lebih
stabil dan hampir menyerupai bumi. Kajian NASA juga mencadangkan bahawa kapal
angkasa boleh dilepaskan untuk menerokai keadaan planet Zuhrah pada kedudukan
ini. Malah, beberapa individu turut menyatakan bahawa adalah lebih relevan
untuk menerokai planet Zuhrah berbanding planet Marikh. Hal ini disebabkan
jarak bumi dengan Zuhrah lebih hampir.
KEADAAN AWAN DI PLANET ZUHRAH MENGHALANG KITA MELIHAT PERMUKAANNYA
Sekiranya kita berpeluang melihat planet Zuhrah secara langsung dari kapal
angkasa, kita pasti tidak dapat melihat permukaannya. Awan Zuhrah amat tebal
sehingga menutupi segala permukaan di bahagian bawah. NASA turut menghadapi
masalah ini apabila melancarkan kapal angkasa Magellan sekitar tahun 1990-an.
PLANET ZUHRAH MEMPUNYAI BANYAK GUNUNG BERAPI DAN KAWAH
Lakaran pelukis berkenaan keadaan permukaan planet Zuhrah. Kredit: ESA/AOES
Permukaan planet Zuhrah sering dialiri oleh lava-lava yang menggelegak. Keadaan
ini menarik kesimpulan bahawa aktiviti gunung berapi pasti berlaku sangat aktif
dan meletus di segala tempat. Terdapat juga banyak kawah pada permukaan Zuhrah,
Saintis percaya bahawa keadaan ini disebabkan oleh aliran lava yang memenuhi
beberapa tempat di permukaan Zuhrah sehingga membentuk kawah.
PLANET ZUHRAH BERPUTAR SECARA ABNORMAL
Zuhrah berputar pada paksinya mengikut arah jam dan sangat perlahan. Situasi
ini amat berbeza dengan planet-planet dalam sistem suria yang lain kerana semua
planet-planet ini berputar arah lawan jam. Menakjubkan, satu hari di planet
Zuhrah (243 hari) lebih panjang berbanding satu tahunnya (225 hari). Lebih
memeranjatkan lagi, planet ini berputar 6.5 minit lebih perlahan pada tahun
2014 berbanding awal 1990-an. Teori yang dapat menjelaskan keadaan ini adalah
disebabkan oleh cuaca. Atmosfera yang tebal di Zuhrah melawan putaran planet
ini menyebabkannya bergerak perlahan.
PLANET ZUHRAH TIDAK MEMILIKI BULAN ATAU LINGKARAN
Seperti yang telah kita pelajari di bangku sekolah, setiap planet dalam
sistem suria memiliki bulan, lingkaran atau kedua-duanya, Namun, pengecualian
diberikan kepada dua buah planet yang paling hampir dengan matahari iaitu
Utarid dan Zuhrah. Saintis masih berusaha mencari penjelasan mengapa planet ini
tidak memiliki sama ada bulan atau lingkaran.
Mungkin juga pembaca budiman mempunyai alasannya. Jika ada, sila tinggalkan
teori anda dalam ruangan komen di bawah. Ianya pasti menarik untuk dikongsi.
Sumber:
Comments
Post a Comment