Naik Bas di Eropah

Pada post kali ini, saya ingin ceritakan pengalaman naik bas di bumi Eropah.

Pemandangan dari dalam bas sempadan France - Swiss.

Okay, saya membeli tiket bas di apps Flixbus. Beli tiket seminggu sebelum bertolak. Bas yang dinaiki sudah tentunya Flixbus. Bagi saya, perkhidmatan bas ini baik. Tempat duduk selesa. Mungkin kerana saiz saya yang kecil (haha), oleh itu dapat duduk dengan selesa.

Pembayaran dibuat menggunakan kad kredit maybank. Sebelum menaiki bas, buka aplikasi Flixbus dan tunjukkan bar code untuk scan. Print tiket sendiri juga diterima asalkan mempunyai bar code.

Biasanya, bagi penumpang luar Eropah, pemandu akan meminta passport sekali. Namun semuanya bergantung dengan tahap kerajinan mereka, haha.

Saya travel bersama anak 3 tahun. Kadang-kadang, bas sediakan car seat. Namun, ada juga bas tak sediakan car seat.

Wifi juga disediakan dalam bas. Tapi ikut pengalaman, penggunaan data free dalam 200mb ke 300mb sahaja (anggaran). Sebab, makin lama guna, line makin slow. Atau mungkin sebab melalui kawasan tiada internet. Saya pun tak pasti.

Jangan bimbang. Flixbus mempunyai tandas. Tapi amat digalakkan membeli seat juga. Agar tak perlu pindah tempat duduk.

Sekiranya membatalkan tempahan yang telah dibuat, mereka akan berikan voucher yang sah selama setahun. 

Jika membawa bagasi/beg besar, ruangan penyimpanan di bawah bas disediakan. Dari segi ketepatan masa, ada kalanya bas lewat sehingga 1 jam tanpa notis di apps. Tapj secara keseluruhan, pengalaman memang seronok menaiki bas dan lebih murah.

Baiklah, sebelum tamatkan post ini. Saya ada hadiah untuk pembaca comel sekalian sebab rajin baca sampai sini, haha. Jom layan video perjalanan kami :)

Teringin dengar tips dari anda :) jangan lupa share di ruangan komen ya...


Comments