Keunikan Pekan Kecil Aosta 2

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Post ini adalah sambungan entry sebelum ni yang bertajuk Keunikan Pekan Kecil Aosta 1.

Okaylah. Setelah kami settle down sebentar, kami meneruskan perjalanan membeli barang keperluan makanan seperti beras, sayur, buah-buahan dan snacks serta noodle ala-ala maggie di Malaysia.

Kami menggunakan google maps sebagai panduan ke supermarket. Rupanya supermarket terletak di new town manakala tempat tinggal kami di bahagian old town. Biasanya kebanyakan pekan/bandar di Eropah mempunyai bahagian new town dan old town. Bayangkan betapa gigih mereka memulihara warisan bangunan lama.

Ketika dalam perjalanan ke supermarket, kami tidak sangka melalui suatu kawasan yang sangat cantik. Daun-daun yang banyak berguguran serta berwarna oren benar-benar menimbulkan suasana sentimental. Kami tidak sangka Aosta menyimpan pemandangan yang secantik ini, ala-ala Nami Island. Terdapat beberapa tempat duduk yang disediakan untuk bersantai. Ada juga kumpulan fotografi mengambil peluang memotret pemandangan. Salah seorang ahli kumpulan fotografi telah mwnyapa kami. Beliau teruja melihat kami yang berada nun jauh di Malaysia memilih tempat mereka untuk bercuti. Agaknya tidak ramai pelancong Malaysia berkelana ke Aosta.



Kami meneruskan perjalanan ke supermarket. Dalam perjalanan, kami terjumpa lagi sesuatu yang di luar jangkaan. Patung dinasour yang besar diletakkan di tepi jalan. Sungguh saya tidak sangka, mereka terfikir untuk meletakkan patung dinasour yang besar sebagai salah satu tarikan di new town.


Pada mulanya, saya, isteri dan anak kami yang berumur 3 tahun pada ketika itu amat sukar mencari supermarket. Setelah lama mencari, rupanya supermarket terletak di atas bangunan. Penat jugalah menapak ke atas. Selesai membeli barang keperluan, hari sudah semakin gelap walaupun jam baru menunjukkan lebih kurang pukul 4 petang. Ketika dalam perjalanan pulang, seorang remaja Italy telah menyapa saya dengan sebutan scusi. Pada mulanya saya tidak faham. Setelah dia menunjukkan jam di tangan saya, rupanya dia bertanya pukul berapa sekarang. Persoalannya kenapa dia berbahasa Italy? Adakah sebab wajahku ada iras seperti orang Italy? Hahaha. Bergurau saja ya.

Selesai sahaja meletak barang di rumah penginapan, kami keluar semula untuk ke old town. Kami melalui semula lorong-lorong kecil yang telah kami lalui sebelum ini untuk ke rumah penginapan. Keadaan di sini pada sebelah malam sangat meriah. Christmas market ada di mana-mana. Permainan untuk kanak-kanak juga disediakan. Disebabkan kasihan dengan anak, saya membenarkan anak bermain permainan tersebut. Kemudian, kami meneruskan perjalanan mencari cenderahati. Terdapat banyak cenderahati buatan tempatan yang dijual. Memang rambang mata memilih untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. 

Lorong-lorong kecil dan dataran dihiasi dengan lampu yang sungguh cantik. Namun cuaca pada sebelah malam sungguh dingin. Saya terpaksa memakai hoodie winter coat. Permukaan jalan adalah jenis cobblestone. Amat mencabar untuk melalui jalan sebegini sambil menolak stroller. Apabila jam menunjukkan pukul 8:15 malam, keadaan yang meriah beransur sunyi. Banyak kedai tepi lorong yang mula menutup pintu. Oleh itu, kami juga pulang semula ke rumah penginapan dengan perasaan puas. Lagipun kami perlu bangun awal besok untuk mengejar bas ke Milan.



Terima kasih kerana sudi membaca. Nantikan post berikutnya. Jangan lupa sharing buah fikiran di bahagian komen ya :)

Comments