Keunikan Pekan Kecil Aosta 1

 Hai kepada semua pembaca. Terima kasih sudi membaca post pada kali ini. Post ini adalah sambungan kepada post sebelum ini, iaitu "Pengalaman Beberapa Jam di Lausanne".

Cerita ini berlaku pada Disember 2019. Hati memang sedih sangat tinggalkan Chamonix. Bagi saya, pekan ini menggambarkan masyarakat France yang sebenar. Sayu benar meninggalkan pekan yang penuh dengan keindahan pergunungan Alps.

Kami menaiki Flixbus untuk ke pekan kecil Aosta. Pemandangan dari dalam bas penuh dengan salji di atas permukaan tanah. Apabila bas berhenti di pekan Courmayeur, penuh salji kawasan ini. Rasa menyesal sungguh kerana tidak memasukkan pekan ini dalam itinerary. Mesti kami sudah menikmati salji yang jatuh dari langit kalau menginap di sini. 


Pemandangan dari dalam bas sewaktu dalam perjalanan ke Aosta.

Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di pekan Aosta. Saya telah memberitahu host Airbnb lebih awal berkenaan masa ketibaan kami. Sampai di stesen bas, kami berjalan kaki ke rumah host berpandukan google maps. Mujurlah ketika itu jam baru menunjukkan sekitar 2 petang.

Perjalanan dari stesen bas ke rumah host agak jauh. Berdasarkan description diberikan host, jarak rumah adalah 10 minit berjalan kaki. Tapi saya rasakan, masa yang diambil untuk sampai adalah dua kali ganda berbanding yang telah dinyatakan. Agaknya masyarakat di sana mungkin terbiasa berjalan laju. 

Kami tidak terburu-buru untuk sampai ke rumah host kerana hari masih terang. Pekan Aosta dipenuhi dengan lorong-lorong kecil. Berdasarkan pengamatan saya, hanya kami sahaja pelancong Asia di sini. Pekan ini benar-benar merupakan pekan yang didiami oleh masyarakat Italy. Tidak seperti bandar besar Milan. Saya berasa Aosta is ttuly Italian town. 

Memandangkan kami belum makan, kami singgah sebentar di kedai bakeri. Apabila isteri saya cuba berkomunikasi dengan pekedai di situ, mereka langsung tak tahu berbahasa Inggeris. Perkataan one pun tidak difahami mereka. Walau bagaimanapun, mereka benar-benar melayan kami dengan baik. Mereka nemastikan kami memperoleh apa yang kami perlukan. Tidak keterlaluan jika saya katakan suasana pekan ini ibarat kampung kecil. Sangat mendamaikan. Tidak ada orang yang mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan itu ini seperti di hadapan bangunan Duomo Milan yang sangat merimaskan.



Ketika kami semakin hampir sampai ke destinasi, saya telah disapa oleh seorang pemuda Italy. Rupanya dia adalah host kami. Sepanjang saya menggunakan khidmat airbnb, dia adalah satu-satunya host yang sanggup menunggu kami di jalan raya menuju ke rumahnya. Memang terbaik brother ini. Dia turut menawarkan kami untuk menaiki keretanya. Kami menolak dengan baik kerana tidak ingin menyusahkannya.

Sampai di rumah, beliau menyambut kami dengan hangat. Walaupun bahasa Inggerisnya terbatas, namun layanan yang dia berikan benar-benar membuatkan kami selesa. Satu perkara yang menarik berkenaan rumah ini ialah katilnya boleh dilipat menjadi dinding. Sofa juga boleh diubahsuai menjadi katil dan tilam. Ternyata host kami seorang yang kreatif. Ketika kami tinggal di tempatnya, beliau belum menerima pengiktirafan superhost. Ketika post ini ditulis, beliau telah menerima pengiktirafan tersebut.

                 Landskap pekan Aosta.

Setelah kami settle down, kami bersiap untuk meneroka pekan ini. Saya akui yang saya langsung terlupa keindahan pekan Chamonix setelah sampai di sini. Saya akan sambung post ini pada entry akan datang. Until then...

Owh ya, jangan lupa komen ya. Nak dengar juga pengalaman pembaca sekalian :)

Comments