Saya, isteri dan anak kecil kami berpeluang ke Chamonix pada bulan Disember 2019. Kami bertolak ke Chamonix dari stesen bas Lampugnano Milan dengan menaiki Flixbus lebih kurang jam 4.30 petang.
Stesen bas Lampugnano, Milan.
Untuk sampai ke stesen bas, kami telah menaiki metro (keretapi bawah tanah) dari hotel menggunakan Milan Day Pass (valid selama sehari).
Kami tiba di Chamonix lebih kurang pukul 9:00 malam. Untungnya, tempat penginapan kami hanya berhadapan dengan tempat bas berhenti. Jadi, kami tidak perlu menapak jauh untuk ke tempat penginapan. Oh ya, kami menempah melalui Airbnb.
Tempat penginapan lengkap dengan ameniti diperlukan.
Malam itu, kami hanya masak nasi yang makanan segera yang dibawa dari Malaysia. Besoknya, kami akan berjalan sekitar Chamonix.
Pada malam itu, saya bermimpi berada di kampung. Saya berasa sangat selesa dengan cuaca panas di kampung. Kemudian, saya terbangun dari tidur. Paginya, tekak saya terasa sakit seperti hendak selesama. Maka, tahulah saya makna mimpi semalam. Badan saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk. Suhu sskitar -5 darjah celsius.
Ikutkan hati, mahu sahaja saya berbaring atas katil. Namun selepas menelan dua biji panadol, ditambah lagi dengan kata-kata semangat dari sang isteri, saya gagahkan juga untuk berjalan meneroka bandar ini. Dan ternyata ianya tidak mengecewakan. Nikmatilah pemandangan indah sekitar pekan kecil Perancis ini.
Apa yang menariknya, pekan kecil ini betul-betul berada di kaki banjaran Alps. Orang Perancis di sini juga sungguh peramah. Apabila kami masuk ke kedai, pasti kami akan disapa bonjour. Bila kami berhenti di laluan yang sempit untuk memberi laluan kepada mereka berjalan dahulu, mereka senyum dan menyebut merci. Sungguh pengalaman yang menyenangkan. Malangnya, salji kami tunggu akan turun, tidak pula muncul. Mungkin bukan rezeki agaknya.
Sebelum balik, kami singgah di supermarket untuk membeli barangan makanan. Ternyata supermarket mereka sanggat canggih. Contohnya, apabila kami membeli sayur sawi, kami akan meletakkan sayur di atas alat penimbang. Kemudian kami akan memilih sayur di monitor untuk penetapan harga.
Bandar Chamonix sememangnya sangat berbaloi dilawati. Penduduk ramah, pemandangan ibarat lukisan dan tidak terlalu sesak dan padat dengan pelancong.
Teringin melawat ke sini? Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen ya...
Comments
Post a Comment