Pada hujung bulan November dan awal Disember 2016 lepas, saya telah berkelana ke Melbourne Australia dengan menyewa kereta. Berdasarkan blog-blog yang telah saya baca, hampir semua blogger menyatakan kad kredit perlu ada sebelum menyewa kereta. Namun, saya berjaya menyewa kereta di Australia tanpa menggunakan kad kredit.
Berita baik buat rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kad kredit, anda masih boleh menyewa kereta di Australia. Caranya adalah sila buat tempahan online melalui website ini https://www.acerentalcars.com.au.
Dalam website ini, anda juga boleh berhubung chat online dengan staf mereka ketika waktu pejabat di sana. Saya telah dua kali menggunakan khidmat syarikat ini. Pertama ketika melancong ke Australia. Kedua ketika ke New Zealand.
Rakyat Malaysia juga tidak perlu memohon lesen antarabangsa untuk memandu di sana. Cuma, sila patuhi had laju apabila memandu di sana. Serta, sekiranya travel bersama baby seperti kami, sila sewa sekali baby seat. Kami juga turut menyewa GPS yang dapat berfungsi secara online.
Selamat melancong dan memandu di Aussie.
Harap boleh kembali ke Aussie.
Comments
Post a Comment