ARSENE WENGER PERLU DIPECAT.

Sudah agak lama saya tidak mengupdate blog ini. Kebiasaannya, saya akan menulis berkaitan dengan planet atau alam semesta. Namun dalam tulisan kali ini, saya memilih untuk menulis berkaitan dengan bola sepak. Mengapa bola sepak?

Saya sudah mula meminati bola sepak semenjak berusia 10 tahun, iaitu ketika Piala Dunia Perancis 1998. Pada ketika itulah, saya mengenali bola sepak. Pemain kegemaran saya pada waktu itu adalah Dennis Bergkamp. Kebetulan kelab beliau adalah Arsenal. Oleh sebab itu, saya meminati pasukan tersebut sampai hari ini. 


Pada mulanya, saya hanya meminati Dennis Bergkamp. Tidak sangka, lama kelamaan saya mula meminati Arsenal melebihi dirinya. Pada ketika inilah saya mula mengenali Arsene Wenger dan permusuhannya dengan Sir Alex Ferguson. 

Tidak dapat dinafikan, ketika hujung musim 90-an dan awall milenium, Arsene Wenger merupakan pengurus yang amat saya hormati. Saya sebagai gooner tidak pernah meragui kredibiliti beliau. Siapa yang dapat melupakan kejayaan double pada 1997-98, 2001-02 dan invincibles 2003-04? Arsene Wenger selayaknya digelar profesor dalam bola sepak.

Namun, semua itu hanya kisah lalu. Ketika musim 2014-15 semakin melabuhkan tirai, saya merupakan antara gooners yang amat berharap agar beliau dipecat. Bukan apa, bagi saya, pendekatan beliau dan ideologinya sudah tidak sesuai pada zaman sekarang. Seperti kata sebilangan penyokong Arsenal, Thanks for the memories but its time to say goodbye sudah tiba masa Wenger mengundurkan diri.

Berikut merupakan alasan saya mengapa beliau harus mengundurkan diri:

1) LEICESTER CITY MENGATASI ARSENAL DAN MUNGKIN MENJADI JUARA
Jika Chelsea atau Manchester City malah Manchester United menjadi juara, Wenger boleh berdalih dengan mengatakan kelab-kelab tersebut mempunyai kewangan yang kukuh. Namun, alasan lapuk sebegitu sudah tidak boleh digunapakai kerana Leicester City jauh lebih "miskin" daripada Arsenal namun sangat berpeluang menjadi juara.

2) TOTENHAM HOTSPUR AKAN MENAMATKAN MUSIM DI ATAS ARSENAL
Saya sangat tidak dapat menerima keputusan ini. Semua gooners juga sama. Oleh itu, alasan ini merupakan salah satu alasan kukuh untuk memecat Arsene Wenger. Semua pasukan sudah melalui 35 perlawanan, dan dengan berbaki 3 perlawanan, beza mata antara skuad Arsene Wenger dengan Pochettino adalah 5 mata.

3) WENGER BIAS KEPADA PEMAIN PERANCIS
Saya amat tidak suka dengan sikap ini. Mengapa perlu memasukkan Flamini dalam perlawanan genting pertama menentang Barcelona? Pemain ini memang terkenal dengan kesilapan berprofil tinggi tapi masih diberi peluang menentang pasukan besar? Satu lagi, mengapa memainkan Giroud walaupun sudah kemarau gol 14 perlawanan? Wellbeck sangat fit namun kepercayaan tetap diberikan kepada penyerang tumpul ini.

4) WENGER TIDAK MAHU BERBELANJA BESAR
Mengapa tidak menguatkan defensive midfielder dan defence pada musim panas lalu? Arsenal berpeluang membeli Khedira namun peluang tersebut dilepaskan. Wenger harus sedar, pemain berkualiti datang pada harga yang mahal.

Jika Arsene Wenger masih tidak dipecat pada hujung musim ini sekalipun Leicester City juara, Tottenham Hotspur di atas dan tidak layak ke Liga Juara-juara, saya pasti bahawa Arsenal bukanlah sebuah pasukan yang bercita-cita besar. Malah, cita-cita mereka hanyalah tempat ketiga dan keempat malah mungkin kelima sahaja. 

Lelaki ini cuba membina masa depan dan gagal sepenuhnya.


Sumber gambar:

http://realsport101.com/wp-content/uploads/2015/10/Bergkamp.jpg
http://fc-metalist.com/lenta/25856

Comments