TERKINI: GERHANA MATAHARI DIJANGKA BERLAKU PADA 9 MAC 2016 DI ASIA TENGGARA.


NASA menyatakan gerhana matahari penuh akan dapat dilihat di beberapa bahagian Asia Tenggara pada 9 Mac tahun 2016.




Berdasarkan peta di atas, kita dapat menyimpulkan kejadian gerhana matahari dijangka berlaku pada hari Selasa, 9 Mac 2016. Masa berlakunya kejadian gerhana matahari dijangka sekitar pukul 7:30 pagi sehingga 9:30 pagi waktu Malaysia.


Seperti yang telah kita pelajari ketika sekolah dahulu, kejadian gerhana berlaku apabila kedudukan bulan berada tepat di antara bumi dan matahari. Bayang-bayang bulan yang jatuh ke permukaan bumi dikenali sebagai umbra. Pada bahagian umbra inilah penduduk dapat menyaksikan gerhana matahari penuh. Manakala, penduduk yang mendiami bahagian panumbra akan melihat sebahagian sahaja daripada fenomena tersebut.


Oleh itu, kepada penduduk yang tinggal di laluan umbra bolehlah mengambil kesempatan ini untuk menyaksikan kejadian gerhana matahari yang sangat jarang berlaku. Ekoran kemajuan teknologi dewasa ini, mungkin ada di antara anda yang cuba merakam detik ini melalui telefon pintar masing-masing.

Apapun, terima kasih kepada NASA di atas makluman ini.

Sumber:

Comments