SUKAR DIPERCAYAI! PLANET YANG HAMPIR-HAMPIR MENYERUPAI BUMI DITEMUI.


NASA (Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronatik Kebangsaan) Kepler telah menemui planet yang sangat-sangat hampir dengan saiz bumi. Planet ini ditemui dalam zon yang boleh didiami di dalam sistem bintang yang lain. (Ingat, terdapat berjuta-juta malah bertrilion-trilion sistem bintang yang lain selain daripada sistem solar kita).

Menurut kenyataan NASA, jarak orbit planet ini dengan mataharinya amat sesuai untuk kewujudan air. Seperti yang kita tahu, air merupakan elemen yang sangat penting untuk menyokong kehidupan. Planet ini dikenali sebagai Kepler-186f.

Lakaran artis berkenaan Planet Kepler-186f.

Kenyataannya, NASA sebelum ini telah menemui banyak planet yang mengorbit mataharinya di bahagian zon yang boleh didiami. Namun kebarangkalian planet tersebut menampung kehidupan adalah sangat tipis disebabkan kebanyakan saiz planet tersebut adalah 40% lebih besar berbanding bumi. Namun, Kepler-186f adalah planet tunggal setakat ini yang mempunyai saiz yang sangat hampir dengan bumi.

Menurut Pengarah Bahagian Astrofizik NASA, Paul Hertz menyatakan penemuan planet ini merupakan salah satu langkah hebat untuk menemui lebih banyak planet baharu yang menyerupai bumi. Kejayaan ini selari dengan misi NASA untuk mencari eksoplanet berbatuan yang berhampiran seterusnya mengkaji komposisi dan keadaan atmosfera planet baharu yang ditemui.  Hal ini merupakan suatu cita-cita besar umat manusia untuk akhirnya menemui planet yang sama dengan bumi.

Walaupun saiz dan kedudukan orbit Kepler-186f dengan mataharinya telah diketahui namun penyelidik masih belum mengetahui komposisi gas-gas yang ada dalam planet tersebut. Berdasarkan kajian terdahulu, penyelidik mengambil kesimpulan bahawa Kepler-186f ini adalah sebuah planet berbatuan.

Menurut Elisa Quintana (saintis Institut SETI), satu-satunya planet yang diketahui mampu menampung kehidupan adalah bumi. Jika kita berhasrat mencari kehidupan di luar sistem suria maka fokus utama yang perlu dititikberatkan adalah mencari planet yang mempunyak mimik karakter yang hampir dengan bumi. Langkah pertama  dan utama untuk menentukan sama ada planet tersebut mampu menyokong kehidupan atau tidak adalah – mengorbit mataharinya di dalam zon yang boleh didiami dan mempunyai saiz yang hampir dengan bumi.

Kepler-186f terletak kira-kira 500 tahun cahaya dari bumi dan terletak di buruj Signus. Sistem bintang Kepler-186f dikenali sebagai sistem Kepler-186. Sistem ini mempunyai matahari kerdil segaia pusat sistem yang dikenali sebagai kerdil merah. Terdapat 4 buah planet yang mengelilingi kerdil merah dengan Kepler-186f adalah planet kelima.   

Untuk pengetahuan, setahun di planet Kepler-186f bersamaan dengan 130 hari sahaja. Kepler-186f menerima satu pertiga daripada tenaga mataharinya. Keadaan ini meletakkan Kepler-186f terletak dalam zon yang boleh didiami. Cahaya waktu tengah hari di planet ini bersamaan dengan panorama satu jam sebelum matahari terbenam di bumi.    
    
Sumber:

Comments