PLANET KESEMBILAN – BUKAN PLUTO?


Para penyelidik Caltech telah menemui planet kesembilan. Planet tersebut mengorbit secara memanjang di luar sistem suria. Planet yang diberi jolokan "Planet Kesembilan" adalah suatu planet yang besar kerana jisimnya kira-kira 10 kali ganda daripada bumi.

Malah, planet ini juga mengorbit kira-kira 20 kali ganda lebih jauh daripada planet Neptun. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa planet ini memerlukan antara 10 000 atau 20 000 tahun untuk mengorbit Matahari, Dengan kata lain, setahun di planet ini bersamaan dengan 10 000 atau 20 000 tahun.

Menurut Mike Brown (salah seorang penyelidik Caltech), penemuan ini merupakan penemuan planet kesembilan yang sebenar. Hal ini disebabkan planet ini mempunyai jisim 5 000 kali ganda berbanding Pluto. Lebih mengejutkan lagi, planet ini mempunyai kuasa graviti yang kuat, lebih kuat berbanding mana-mana planet yang diketahui setakat ini.

Sebenarnya, planet ini belum lagi ditemui secara langsung (maksudnya dapat dilihat terus daripada teleskop). Kewujudan planet ini hanya ditemui menerusi simulasi komputer dan model Matematik oleh Mike Brown dan Konstantin Batygin.

Namun Batygin cukup yakin bahawa Planet Sembilan ini benar-bear wujud. Beliau dan Brown mengukuhkan hujah mereka dengan mengatakan planet ini bertanggungjawab mengakibatkan kewujudan ciri-ciri misteri objek berais di luar planet Neptun yang dikenali sebagai "Tali Pinggang Kuiper". Menurut saya, Tali Pinggang Kuiper mungkin seperti gelungan planet Zuhal.

Sumber:

Comments