NASA MENGELUARKAN RAKAMAN “JENIS MUZIK ANGKASA LEPAS” YANG DIKESAN JAUH DI BAHAGIAN BULAN YANG SENTIASA GELAP
Ketika saya sedang melayari
internet, saya telah dikejutkan dengan berita ini yang diambil daripada
syarikat berita gergasi dunia, CNN.
CNN – “Adakah anda mendengar
bunyi seperti siulan itu?”
“Bunyinya seperti – jenis muzik
angkasa lepas.”
Perbualan tersebut berlaku di
antara angkasawan Apollo 10 iaitu Eugene Cernan dan John Young, yakni ketika
kapal angkasa mereka sedang melintasi jauh di permukaan bulan yang sentiasa
gelap. Kisah ini telah didiamkan selama 4 dekad.
Transkrip audio ini hanya
didedahkan kepada umum pada tahun 2008. Dalam audio tersebut, kita dapat
mendengar perbualan antara angkasawan serta bunyi siulan yang didakwa muzik
angkasa lepas.
Kisahnya bermula apabila para
angkasawan terputus hubungan radio dengan bumi. Ketika itu, kapal angkasa yang
dinaiki berada jauh di kawasan bulan yang sentiasa gelap. Para angkasawan ini
juga tidak yakin bunyi seperti siulan yang mereka dengar adalah bunyi dari
instrumen kapal angkasa lepas yang sedang dinaiki.
“Anda dengarkah? Bunyi seperti
siulan itu? Woooo,” kata Cernan dalam rakaman.
“Itu pastinya muzik yang aneh.”
Berdasarkan rancangan baru Siri
Saluran Sains bertajuk “Fail NASA yang Tidak Dapat dijelaskan,” bunyi tersebut
adalah sangat aneh, sehinggakan para angkasawan dalam misi itu berdebat sama
ada membawa perkara tersebut ke pengurusan tertinggi NASA. Mereka risau jika
perkara tersebut sampai ke pengetahuan pihak tertinggi, kredibiliti mereka
sebagai angkasawan akan diragui.
Walau bagaimanapun,
berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan minggu ini oleh NASA, Cernan sendiri
meragui kenyataan yang pernah dikeluarkannya.
“Saya tidak ingat jika insiden
itu membuatkan saya sangat teruja untuk ambil serius mengenainya. Bunyi
tersebut berkemungkinan hanyalah gangguan radio. Jika kami berfikir bahawa
bunyi tersebut bukan berasal daripada kapal angkasa, kami pasti telah memaklumkannya
setelah kami tiba di bumi. Walau bagaimanapun, kami tidak terfikir langsung
untuk memaklumkannya,” tambah beliau.
Walau bagaimanapun, pasti ada
penjelasan yang diterima akal mengenai insiden ini daripada memikirkannya
sebagai sesuatu yang fenomena.
Dalam rancangan televisyen,
juruteknik NASA menyokong penilalan Cernan, iaitu beliau telah menyatakan
bahawa hubungan radio di antara dua buah kapal angkasa itu (Modul Lunar dan
Modul Command) telah terganggu antara
satu dengan yang lain.
Walau bagaimanapun, penjelasan
tersebut telah disanggah oleh Al Worden, seorang angkasawan dan selalu
bertindak sebagai suara latar televisyen. “Logik menyatakan bahawa jika
terdapat sesuatu yang dirakamkan di sana, maka pastilah terdapat sesuatu di
sana,” demikian menurut beliau.
Hujah Worden juga adalah sama
dengan tanggapan yang dinyatakan oleh Michael Collins, iaitu seorang angkasawan
dan jurumudi Apollo 11. Beliau merupakan manusia pertama yang terbang berlegar
di kawasan bulan yang sentiasa gelap itu. Beliau juga turut mengingati bunyi
pelik tersebut tetapi tidak memikirkan terlalu banyak mengenainya.
“Saya mendengar bunyi yang
aneh di fon kepada saya sekarang, bunyi woo-woo yang menyeramkan,” seperti yang
ditulis oleh beliau dalam sebuah bukunya.
“Saya tidak diberi amaran
berkenaan sesuatu seperti ini sebelum saya berlepas. Bunyi tersebut amat-amat
menakutkan saya...mujurlah juruteknik NASA telah bersedia dengan jawapan yang
logik berkenaan situasi ini,” demikian menurut Collins.
Collins menjelaskan bunyi
tersebut mula kedengaran apabila hubungan radio antara dua kapal angkasa itu
dihidupkan dan berada pada jarak yang amat rapat.
Bagi saya, kes bunyi woo-woo
itu selesai. Kes ditutup.
Sumber:
Comments
Post a Comment