Seperti
yang kita tahu, planet bersaiz mega adalah sebuah planet gas. Contohnya, planet
Musytari dan Zuhal (dua planet gergasi di sistem suria) kebanyakannya terbentuk daripada gas hidrogen. Dengan kata lain, kita
tidak akan dapat mendarat di planet gas.
Manakala, planet-planet kerdil dan sederhana seperti
Utarid, Zuhrah dan Bumi adalah sebuah planet berbatuan. Walau bagaimanapun,
tanggapan popular bahawa kebanyakan planet saiz mega adalah suatu planet gas
sudah tidak boleh diterima lagi.
Hal ini disebabkan pihak
NASA telah menemui sebuah planet bersaiz gergasi berbatuan, yang mana planet
bersaiz seperti ini biasanya dianggap planet gas.
Planet tersebut
dikenali sebagai planet Kepler-10c yang terletak di hadapan gambar. Sekiranya
anda melihat gambar lakaran artis tersebut, anda mendapati planet tersebut
mempunyai sistem cuaca
(gumpalan putih yang dipercayai awan) dan daratan (berwarna coklat keperangan).
Planet tersebut dianggarkan mempunyai berat 17 kali lebih daripada bumi dan
saiznya dua kali ganda berbanding planet kita. Penemuan ini membangkitkan suatu
persoalan hebat dalam kalangan ahli astronomi, yakni bagaimana planet berbatuan
dengan saiz sebegitu boleh terbentuk. “Apabila kami menemui planet ini, kami telah dilanda kejutan yang besar,”
demikian kenyataan Xavier Durusque, seorang ahli astronomi daripada Pusat
Harvard-Smithsonian.
Menurut perkiraan ahli astronomi yang lebih spesifik, saiz planet ini
adalah 2.3 kali lebih besar berbanding dunia kita. Namun demikian, jisim
Kepler-10c masih tidak diketahui sehingga kini.
Kewujudan planet berbatuan dengan saiz seperti Kepler-10c tidak pernah
difikirkan akan wujud. Hal ini demikian disebabkan planet dengan saiz sebegitu
mempunyai tarikan graviti yang amat kuat serta menyebabkan planet mengembang
menjadi sebuah planet gas. Menurut saya, tarikan graviti planet yang terlalu
kuat akan menyebabkan lapisan batu/pepejal yang melingkari teras planet akan
pecah, seterusnya membentuk planet gas. Hal ini boleh diterima akal kerana gas
mempunyai kemampuan untuk dimampatkan menjadi sebuah planet tanpa mengalami
keretakan/kehancuran – tidak seperti pepejal.
Walau bagaimanapun, kewujudan Kepler-10c menyangkal teori tersebut. Seperti
yang telah dikatakan oleh Natalie Batalha, salah seorang ahli sains misi Kepler
– ketika kita menyangka bahawa kita telah mengetahui segalanya tentang sesuatu
ilmu pengetahuan, alam semula jadi telah memberikan kepada kita suatu pandangan
baharu yang mungkin menyangkal pengetahuan kita selama ini. Bukankah bidang
sains sesuatu yang istimewa?
Kepler-10c melakukan pusingan lengkap mengelilingi mataharinya setiap 45
hari. Dengan kata lain, setahun di Kepler-10c bersamaan dengan 45 hari. Melalui
pengetahuan ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Kepler-10c tentunya
berada amat hampir dengan matahari. Situasi ini mustahil untuk melihat
kehidupan wujud.
Sumber:
Comments
Post a Comment