ADAKAH PLANET NEPTUN MEMPUNYAL LAUTAN?


Planet Neptun telah diklasifikasikan sebagai planet ais gergasi. Di dalam planet ini, terkandunh air batu yang luas. Air batu planet ini mengandungi gas helium dan hidrogen. Hal ini disebabkan atmosfera planet ini dimonopoli oleh kedua-dua gas ini.

Sebenarnya, planet Neptun bukan hanya mengandungi ais semata-mata. Awan planet ini telah dikesan mempunyai kuantiti air yang tipis. Walau bagaimanapun, semakin jauh mendekati teras planet ini, maka kuantiti air juga semakin banyak.

Oleh itu, bolehkah kita mengandaikan terdapat suatu lautan yang luas di planet ini? Sebelum kita meneruskan persoalan yang tidak logik ini, kita harus sedar bahawa jarak Neptun dari Matahari adalah 30 AU. 30 AU bermaksud 30 kali jarak antara bumi dengan matahari. Suhu permukaan Neptun teramat sejuk, 500 di bawah paras beku. Walau bagaimanapun, suhu di bawah atmosfera planet ini semakin hangat ekoran formasi gas hidorgen (80%), helium (19%) dan gas-gas lain.

Kandungan air dapat dilihat dari luar permukaan planet Neptun. Namun, para saintis percaya kuantiti air menjadi lebih banyak di bawah awan planet ini. Mereka juga membuat teori bahawa air juga dapat wujud berhampiran dengan teras dalam.

Sama ada wujudnya lautan yang luas di bawah atmosfera planet ini, semuanya bergantung kepada gabungan air dengan gas planet ini pada suhu yang sesuai. Semakin dalam kita meneroka masuk ke dalam atmosfera Neptun, nisbah air kepada hidrogen semakin meningkat. Dalam masa yang sama, air hanya akan mengalami proses kondensasi apabila suhu bertambah sejuk. Jika suhu pula terlalu panas, atau nisbah air terlalu rendah, kita hanya akan melihat kabus, seperti kabus di atas permukaan Neptun yang pejal.  

Sumber:



Comments